Friday 13 April 2012

Rancangan pelajaran harian


Tarikh/ Hari: Selasa Masa  :10.35 am -11.15am
Kelas      : 3RKJ Bil. Pelajar :   28 orang                M/ Pel               : Matematik
Tajuk      :Graf Fungsi                     

Objektif :
Pada akhir pengajaran diharapkan pelajar akan dapat memahami/mengetahui
Ii Graf fungsi sebagai perwakilan fungsi dengan garis pada suatu koordinat.
Fungsi dalam bentuk ‘y = sebutan x’ dinamakan persamaan bagi graf yang berkenaan

Pengetahuan Sedia Ada :
1. Pelajar telah dapat membina jadual nilai dari fungsi yang diberikan
2. Pelajar telah mengetahui kedudukan paksi-x dan paksi-y pada satah Cartesian
3. Pelajar telah mengetahui menandakan titik koordinat

Konsep : Menandakan titik koordinat dengan tepat pada satah cartesian
Bahan : Papan graf, Pembaris panjang,Pen berwarna
Nilai :Kejujuran ,Mematuhi arahan ,Menepati masa
Kemahiran :
a)   Menentukan skala pada paksi x dan paksi y pada  kertas graf
 b) Menandakan titik koordinat bagi pasangan nilai daripada jadual mengikut   skala yang diberikan
c) Melukis lengkungan yang licin melalui titik-titik yang telah ditandakan.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(10 minit)
1. Guru memberikan contoh fungsi
1. Guru meminta pelajar melengkapkan jadual nilai bagi fungsi :
y = x2 - 2( x ialah integer dari - 3 hingga 3  )
1. Pelajar bergilir-gilir melengkapkan jadual nilai yang diberikan

Perkembangan
( 20 minit)
Melukiskan lengkungan mengikut fungsi yang diberikan dengan licin dan melalui titik koordinat
1. Guru melukiskan paksi -  x dan paksi - y pada papan graf
2. Guru menerangkan skala yang diberikan iaitu paksi -y dan paksi- x sebagai 2 cm : 1 unit
3.Guru menandakan titik koordinat pada satah cartesian dan guru meminta pelajar menandakan koordinat yang seterusnya
4. Guru melukiskan lengkungan yang licin melalui titik yang telah ditandakan
5. Guru memberikan latihan lembaran kerja 2a (lihat lampiran )
6.Guru membimbing pelajar melukis lengkungan













1 .Pelajar bergilir-gilir menandakan titik koordinat berdasarkan jadual nilai


Penutup
(10 minit)

1.Guru memberikan contoh lengkungan yang licin berdasarkan graf pelajar
2. Guru memberikan lembaran kerja 2b kepada pelajar  (lihat lampiran )
Pelajar membaiki lengkungan yang telah dilukiskan





Refleksi : 28 orang pelajar dapat melukis 6 graf  garis lurus dan lengkungan dengan licin dan tepat.Objektif tercapai.



5 comments:

  1. wow.. video pon ade.. bagosla.. boleh menjadi panduan kepada cikgu baru

    ReplyDelete
  2. esok sambung pulak ye cikgu. kene buat video sampai habis subjek algebra. senang nak rujuk...

    ReplyDelete
  3. letak la gambar ke atau rajah nampak menarik sikit.. hehe

    ReplyDelete
  4. cikgu, masukkan la link ke facebook. so kalo ade update bleh tau

    ReplyDelete