Friday, 27 April 2012

MOTIVASI DIRI

http://cpintrass.com/blog/pendidikan/teknik-belajar-matematik-berkesan/.html

  •     Wujudkan minat dalam matematik walaupun tidak pandai. Ini penting sebab kebanyakan pelajar yg memasuki sekolah menengah mempunyai  tahap matematik adalah sederhana. Jadi pelajar perlu menanamkan dalam diri masing-masing untuk minat pada subjek matematik tidak kira bidang apa subjek yang diambil.
  • Kena buat banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca dan menghafalnya sahaja. Semakin banyak latihan yang kita buat, kita akan jadi semakin cekap.
  • Kena displin kerana matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan.
  •  Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan tiga yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
  • Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila berjaya selesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment