Sunday, 29 April 2012
Aktiviti Minggu Sains dan Matematik SMK.Iskandar Shah,Parit,Perak
Setiap tahun Jabatan Sains SMK.Iskandar Shah.Parit,Perak telah mengadakan minggu sains dan matematik peringkat sekolah .Berbagai-bagai pertandingan telah diadakan seperti kuiz sains,kuiz matematik,kuiz pusat sumber,pertandingan amali sains,pertandinagan explorace scmaths,pelancaran roket.solar cooker,reka bentuk kereta solar dan sebagainya
OBJEKTIF
1. Untuk menarik minat pelajar menerokai dan mencintai Sains dan Matematik serta mengubah persepsi negatif murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
2.Mengaplikasikan kemahiran dan teori Siaains dan Matematik di dalam kehidupan seharian.
3.Untuk memupuk konsep kendiri yang positif,berdaya saing,kreatif dan semangat berlumba-lumba dalam mencapai matlamat'
4.Memupuk perpaduan kaum dikalangan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan
RASIONAL
1.Menyemarakkan dan membantu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendominasikan aliran Sains 60:40
2.Membudayakan persekitaran Sains dan Matematik dalam kehidupan harian
Pertandinagan solar cooker |
Pertandingan kereta solar |
Sesi pendaftaran minggu Sains dan Matematik |
Friday, 27 April 2012
GIVEN A GRAPH FIND THE SLOPE
Kepada pelajar yang melayari blog ini,perhatikan bagaimana untuk menentukan kecerunan sesuatu graf garis lurus.Kecerunan= y/x
MOTIVASI DIRI
http://cpintrass.com/blog/pendidikan/teknik-belajar-matematik-berkesan/.html
- Wujudkan minat dalam matematik walaupun tidak pandai. Ini penting sebab kebanyakan pelajar yg memasuki sekolah menengah mempunyai tahap matematik adalah sederhana. Jadi pelajar perlu menanamkan dalam diri masing-masing untuk minat pada subjek matematik tidak kira bidang apa subjek yang diambil.
- Kena buat banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca dan menghafalnya sahaja. Semakin banyak latihan yang kita buat, kita akan jadi semakin cekap.
- Kena displin kerana matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan.
- Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan tiga yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
- Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila berjaya selesaikan masalah.
Thursday, 26 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Latihan
Lembaran
kerja 2a (Latihan dikelas)
1. Lukiskan graf fungsi bagi setiap yang berikut
a) Skala pada paksi –x ialah 2 cm : 1 unit
Skala pada paksi – y ialah 2
cm : 1 unit
X
|
0
|
2
|
4
|
6
|
8
|
10
|
y = x2
+ 1
|
1
|
5
|
17
|
37
|
65
|
101
|
b) Skala pada paksi – x ialah 2 cm : 1 unit
Skala pada paksi – y ialah 1 cm
: 1 unit
X
|
-3
|
-2
|
-1
|
0
|
1
|
2
|
3
|
y = 8 –
2x2
|
-10
|
0
|
6
|
8
|
6
|
0
|
-10
|
c ) Skala pada paksi – x ialah 2 cm : 1 unit
Skala pada paksi – y ialah 2
cm : 5 unit
X
|
-3
|
-2
|
-1
|
0
|
1
|
2
|
3
|
y = -x3
|
27
|
8
|
1
|
0
|
-1
|
-8
|
-27
|
d) Skala pada paksi – x ialah 2 cm
: 1 unit
Skala pada paksi – y ialah 2
cm : 2 unit
X
|
-3
|
-2
|
-1
|
0
|
1
|
2
|
3
|
y
|
- 7
|
-2
|
1
|
2
|
1
|
- 2
|
-7
|
e) Skala pada paksi – x ialah 2 cm : 1 unit
Skala pada paksi – y ialah 2
cm : 4 unit
X
|
- 3
|
- 2
|
- 1
|
0
|
1
|
2.5
|
4
|
y
|
12
|
2
|
-4
|
- 6
|
-4
|
6.5
|
26
|
f) Skala pada paksi – x ialah 2 cm
: 1 unit
Skala pada paksi – y ialah 2
cm : 5 unit
X
|
- 4
|
- 3
|
- 2
|
- 1
|
0
|
1
|
2
|
y
|
= 2
|
-
|
-10
|
11
|
-10
|
-7
|
-2
|
Lampiran 2b (Latihan di rumah)
1. Pada
satah koordinat yang berasingan,lukis
graf bagi setiap fungsi di bawah
a) y = x – 9 :
0 ≤ x ≤ 7
b) y = 7x + 4
: -3
≤ x
≤ 3
c) y = 2x -5 : -5 ≤
x ≤ 5
d) y = x2 :
-10 ≤ x ≤ 6
e) y = x2 – 4x : -2
≤ x
≤ 6
f) y = 4 +
x – 2x2 :
-6 ≤ x ≤ 6
g) y = x3 + 2 : - 3
≤ x ≤
3
2. Binakan jadual nilai bagi fungsi y = x2
– 4 untuk -4 ≤ x≤ 4 dan lukiskan graf bagi fungsi ini
3. Binakan jadual nilai bagi fungsi y = x2
+ 4x – 1 untuk – 6 ≤ x≤ 2 dan lukiskan graf bagi fungsi ini
4. Binakan jadual nilai bagi fungsi y = 3 – x2 untuk - 4≤ x≤ 4 dan
lukiskan graf bagi fungsi ini
5. Binakan jadual nilai bagi fungsi y = x3 + 2 untuk -2 ≤ x
≤ 2 dan lukiskan graf bagi fungsi
ini.
Graf penukaran
GRAF PENUKARAN
Terdapat dua system pengukuran utama yang digunakan diserta dunia.Dua
system tersebut ialah sisitem metrik dan sisitem imperial.
Sistem metric mengukur jarak dalam milimeter(mm),sentimeter (cm),meter
(m), dan kilometer (km)
10 mm
= 1 cm
100 cm
= 1 m
1 000 m =
1 km
Sistem imperial menggunakan
inci (in atau i),kaki (ka atau e),ela ,dan batu
12 in
= 1 ka
3 kaki
= 1 ela
1 760 ela =
1 batu
Pada asalnya,satu kaki adalah panjang tapak kaki seseorang,dan satu
batu pula ialah
1 000 langkah bagi legion Rom
Sesebuah graf boleh menjadi satu cara yang berguna untuk menukarkan
suatu set pengukuran kepada set pengukuran yang lain.Anda boleh menggunakan
graf ini untuk menukarkan kilometer kepada batu dan sebaliknya.
Fungsi
FUNGSI
1. Fungsi ialah satu hubungan yang mengungkapkan satu pembolehubah
dalam sebutan yang lain
2. Dalam fungsi ,terdapat dua jenis pembolehubah
(a) pembolehubah bersandar
Pembolehubah dimana nilainya bergantung kepada nilai pembolehubah yang
satu lagi
(b) Pembolehubah tak bersandar
Pembolehubah dimana nilainya tidak bergantung kepada nilai
pembolehubah yang satu lagi
Dalam satu fungsi,pembolehubah adalah bergantung kepada nilai
(bersandar) pembolehubah yang lain(tidak bersandar)
Untuk menulis sesebuah fungsi,pembolehubah bersandar dan pembolehubah
tidak bersandar boleh ditulis dengan menggunakan huruf ‘x’ dan ‘y’ untuk
mewakili dua pembolehubah tersebut.
Famili garis
FAMILI GARIS
Lukiskan paksi-paksi dari -6 hingga 6 di tengah-tengah suatu muka
surat.Labelkan paksi tersebut sebagai x dan y dan tuliskan skalanya.Gunakan
satu segi empat sama untuk satu unit.Plotkan titik (3,3) dan (-3,-3).Lukiskan
garis yang melalui dua titik ini.
Sekarang anda akan melukis garis untuk persamaan y = x + 4.Persamaan
ini bermakna,untuk setiap titik di garis tersebut ,koordinat y titik tersebut
adalah 4 unit lebih banyak daripada koordinat x.
x
|
-3
|
-2
|
-1
|
0
|
1
|
2
|
3
|
y = x + 4
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
Plotkan sebarang dua daripada titik-titik tersebut pada graf anda.Hubungkan
titik-titik itu dan lukiskan garis y = x + 4 yang merupakan satu graf fungsi.
Subscribe to:
Posts (Atom)